20 April 2014

CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA 'HIDUP UNTUK MEMBERI'



Sebagai permulaan, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-26 kepada blogger mynameika. Semoga umur anda diberkati, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup. Aaaamin.

Okay, kita teruskan dengan contest yang dianjurkan oleh beliau ini.

Lima (5) pemenang bertuah akan menerima

TOPUP RM20 + BUKU "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI"...

Haaa, lumayan bukan? Apa lagi, klik gambar buku di atas untuk turut serta dalam contest ini.

Anda juga dikehendaki bercerita atau bersembang apa sahaja asalkan berkaitan dengan tema contest ini iaitu Hidup Untuk Memberi. Panjang pendek, terpulang kepada anda. Janji, ia mampu memberi kesan.
Ok, itu sahaja.

Due date: 20/4/14


LIKE page SN Gadget: #52 id: kopi pasta
FOLLOW blog mynameika: #979 id: kopi pasta
LIKE page Blog: It Not About Size: #190 id: kopi pasta


"HIDUP UNTUK MEMBERI"...

Memberilah secara ikhlas, kerana ia pasti mendatangkan kelapangan hati. Percayalah, melihat kebahagian orang lain hasil pemberian kita melahirkan kesenangan di hati. Mentaliti yang beranggapan dengan memberi membuatkan apa yang kita ada berkurang, harus diubah. Bersedekahlah, berilah hadiah, berdermalah berilah bantuan. Itu semua lubuk untuk kita membuat pahala jika niatnya pada perkara baik. Tanya pada diri, apa yang mampu aku berikan?

Skop memberi pula jangan disempitkan hanya kepada wang ringgit dan harta benda. Memberi tidak semestinya sesuatu yang bersifat zahir. Memberi tidak semestinya dengan kuantiti banyak. Memberi tidak semestinya dengan apa yang ada. Memberilah walaupun nilainya kecil di mata orang, besar maknanya jika niatnya betul bersifat ikhlas. Niatkan dalam diri, bahawa sifat memberi itu sifat yang baik dan disukai dan apabila kita melakukannya merasa mudah dan ringan.

Jangan kedekut untuk memberi kerana ia penuh hikmah yang tersembunyi. Apabila niatnya baik, tujuannya baik dan pengamal juga akan turut mendapat kebaikan. Dengan izin-Nya, hidup pemberi mudah diberkati dan rezeki dilimpah-ruah. Pemberian boleh melalui tenaga empat kerat, suara, buah fikiran, kenalan dan pelbagai lagi. Tetapi semua ini akan kembali kepada persoalan sama ada anda hendak memberi atau tidak. Jika anda mengetahui manisnya erti hidup pada memberi, pasti anda akan bersegera untuk memberi sesuatu.

Berbahagialah dengan memberi!

No comments:

Post a Comment