11 February 2014

GA Pertama 2014 PariPariPutih



Alkisah bermula dengan sebuah perbualan.

Jejaka A: Anje, sempena ulangtahun ke-3 kita bersama, apa hadiah yang anje impikan?

Wanita B: Ermmm... *berfikir dengan serius*

Jejaka A: Hah, lambat sebut, nanti tak dapat.

Wanita B: Ala ayang ni, kejap la. Sel-sel otak baru nak berhubung ni.

Jejaka A: Hihi, tapi tak semudah tu. Ada cabarannya. Kena karang ayat dulu.

Wanita B: Err... *rasa nak tampar pipi jejaka A sedas dua*

Jejaka A: Hadiahnya berupa t-shirt istimewa PPP / topup RM10 / topup RM5.

Wanita B: Wahhh, nak! Ayang nak!

Wanita C: Apa syarat-syaratnya? *tiba-tiba mencelah*

Jejaka A: Mudah je. Boleh rujuk sini. Yang penting slogan itu kena kreatif.

Wanita C: Oh bagusla, simple jer syaratnya. *sambung menonton Masterchef Australia di tv*

Jejaka A: Blog PariPariPutih best sebab...

Wanita B: Blog PariPariPutih best sebab... *muka berkerut-kerut berfikir*

Wanita B: Sebab...

Wanita B:
Walaupun bergaya mak datin tetapi beliau merupakan seorang yang sempoi dan gila-gila orangnya. Hasil penulisan blog yang santai dan menarik mencerminkan keperibadian beliau yang mudah mesra dan peramah dengan sesiapa yang mengenalinya. Apabila bersama beliau melalui jalinan ukhuwah, akan membuatkan diri terasa dihargai dan disayangi. Mungkin kesan penangan beliau sebagai ibu yang sporting dan penyayang. Huhu.

Jejaka A: Wahh, boleh tahan ayat-ayatnya.

Wanita B: Hehe. Otak belum berkarat lagi. *malu tersipu-sipu sebab dipuji*

Wanita D: Sudah-sudah. Jom makan semua. Menu hari ni, spaghetti goreng. Siap terhidang dah.

Jejaka A: Ayuh anje-anje semua... Jom kita menjamu selera! *riang-riang ribena*

Wanita A, B & C: Aye Aye Captain! *mode mengedik muncul serentak*

Wanita D: Isk, tak matang betul. *padahal mahu join sekaki*

Mereka berlima pun menikmati makan malam dengan penuh berselera dan gelak-tawa.

#Jejaka A merupakan seorang suami mithali beristeri empat!

Tamat.




Masih belum terlambat untuk menyertai GA Pertama 2014 PariPariPutih yang menawarkan pelbagai hadiah.

*Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut*

Cepat-cepat!

Due date: 15 Februari 2014.

6 comments:

  1. hahaha, best baca. good luck ye

    ReplyDelete
  2. hihi...nice !!!! thx tau sbb ajak. btw good luck!

    ReplyDelete
  3. Singgah ♪ Bernyanyi ♫ Bersama ♪ GITARBOYZ ♫ Lagu baru [Ku CKS!] Churp Churp

    ReplyDelete
  4. lol amboi siap buat skrip lagi... huhuhu thanks MIKO satu penghargaan rasanya bila MIKO join GA ni... so rajin2 le melawat blog mak datin PPP utk tengok siapakah yg bakal memenangi hadiah tu kan..... huhuhu gud luck and thanks ^_^

    ReplyDelete
  5. god luck...

    http://f4ndhy.blogspot.com/

    ReplyDelete